Bom tangan – wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas gas 85 vs 87

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz bom tangan, untuk tujuan yang berlainan, tetapi kesemuanya mempunyai dua benda yang sama. Pertama, ia berongga agar dapat diisi dengan bahan letupan atau pengisi kimia. Kedua, ia mempunyai liang yang membolehkan fius diketatkan atau dimasukkan.

Bom tangan pada asasnya adalah bom kecil, tetapi berfungsi serupa dengan mercun mudah. Mercun dibuat daripada ketulan kertas yang diisi dengan ubat bedil dan mempunyai fius kecil. Apabila fius dinyalakan, ia terbakar sehingga pada serbuk ubat bedil dan meletup berkecai. Bom tangan berfungsi dengan cara yang sama, perbezaan penting adalah fius bom tangan dinyalakan oleh peranti mekanikal dan bukannya dengan menggunakan mancis. Ciri-ciri [ sunting | sunting sumber ]

Mula-mula anggarkan tempoh balingan untuk sampai kepada pihak musuh dan tolak tiga saat. Selepas itu bom tangan digenggam, termasuk pemegang, dalam tangan yang kuat. Kemudian pin keselamatan dicabut daripada bom tangan, lepaskan pemegang dan tunggu masa yang tidak diperlukan untuk balingan dan baling kepada sasaran.

Salah satu kesilapan umum dalam mengendalikan bom ini ialah pemablingan yang tidak kuat dan padu lalu menyebabkan kemalangan pada pelempar. Kegagalan menggenggam pemegang dan menarik pin dengan baik turut ditegaskan. Bom tangan mungkin juga akan meletup lebih awal daripada biasa, yakni sewaktu mengira masa untuk melemparkannya. Langkah keselamatan asas yang sering ditegaskan adalah agar sentiasa melontar bom tangan dari kawasan terlindung. Oleh itu, ia boleh dilontar keluar dengan cepat daripada kawasan perlindungan sekiranya berlaku kesilapan pada mekanisme leutpan bom.

Bom tangan juga sering digunakan di lapangan bagi membina jerangkap samar. Konsep asas ialah menggunakan aksi sasaran (seperti membuka pintu, atau menghidupkan kereta) untuk meletupkan bom tangan. Jerangkap samar bom tangan mudah dibina di lapangan dengan menggunakan bahan yang ada. Bagaimanapun, ia menyumbang kepada masaalah bahan letupan hidup ( unexploded ordnance). Rekabentuk dan operasi [ sunting | sunting sumber ]

• Sumbu mengandungi bahan menyerupai kepala mancis. Apabila dihentam oleh penukul, ia menyala dan membakar fius, atau jalur serbuk ( powder train). Fius terbakar pada kadar sekata lalu melengahkan masa (biasanya 4-5 saat). Apabila api fius sampai pada peletup atau pencucuh, ia bertindak kepada bahan pengisi.

Bom tangan biasanya direka agar mudah dilempar. Sebagai contoh ia mempunyai berat 500 g (1 paun) dan mempunyai ukur lilit 100 mm. Bom tangan biasa boleh dilempar sejauh 25 hingga 35 meter oleh askar biasa. Ia menggunakan sebatian RDX, komposisi B atau TNT sebagai bahan peletup.

Sesetengan bom tangan direka untuk jarak lebih jauh. Bom tangan pelecek kentang mempunyai pemegang kayu panjang yang meningkatkan jarak pada lima puluh peratus. Ia diletupkan oleh pencucuh geseran di kepala, yang diaktifkan dengan menarik tali menembusi kayu berongga, dengan menarik gelung plastik kecil yang diikat pada tali yang dilekatkan pada pencucuh geseran, fius masa, dan peledak direka untuk meletup selepas tempoh masa. Ia sering disalah anggap sebagai mempunyai fius hentaman. Bom tangan jenis-jenis lain [ sunting | sunting sumber ] Bom tangan serpihan [ sunting | sunting sumber ]

Bom tangan serpihan adalah peranti ( antipersonnel) yang direka untuk menyebarkan serpihan ke semua arah. Badannya diperbuat daripada plastik keras atau besi, dan flechette atau wayar terpotong dibekalkan sebagai serpihan ( antipersonnel). Juga isi kandungan mempunyai bebola logam bagi menembusi sasaran. Apabila perkataan bom tangan digunakan tanpa sebarang penerangan, dan konteks tidak menunjukkan sebaliknya, ia biasanya merujuk kepada bom tangan jenis ini.) Maklumat lanjut mengenai bom tangan "serpihan" di atas. Bom asap [ sunting | sunting sumber ]

Bom tangan jenis ini menghasilkan haba melampau melalui reaksi kimia. Bentuknya hampir serupa seperti bom tangan asap dan gas. Pengisinya terdiri daripada 600 hingga 800 gram thermate (TH3), yang merupakan versi thermite diperbarui, bahan pembakar yang digunakan dalam bom tangan semasa Perang Dunia II. Sebahagian daripada campuran thermate bertumar menjadi besi cair, yang terbakar pada suhu 2204 darjah Celsius (4000 darjah Fahrenheit). Ia menjadi sebati dengan bahagian logam yang bersentuhan dengannya. Pengisi thermate bagi bom tangan AN-M14 terbakar selama 40 saat dan mampu membakar menembusi 1/2-inci kepingan keluli homogeneous. Ia membekalkan oksigennya sendiri dan mampu terbakar di bawah air. Fosforus putih juga digunakan sebagai pengisi bom tangan pembakar, yang membakar pada suhu 2760 darjah Celsius (5000 darjah Fahrenheit).

Pembakaran thermate dan phosphorus adalah paling teruk dan menyakitkan kerana thermate dan phosphorus terbakar pada kadar pantas dan suhu yang membolehkan satu partikel kimia tersebut membakar menembusi hampir kesemua ( kulit, saraf, otot dan juga tulang, walaupun di tempat di mana tidak terdapat oksigen. Selain itu, phosphorus putih amat beracun. Dos 50-100 milligram mampu membawa kematian.

Bom tangan gegaran ( Concussion), juga dikenali sebagai grenad stun atau flashbangs, pada asalnya direka bagi Special Air Service (Pasukan Udara Khas) British. Bom tangan gegaran digunakan untuk menggegar, mengeliru, mengharu-biru, atau mengganggu potensi ancaman seketika selama lima sehingga enam saat. Yang paling dikenali adalah Bom Gegaran ( Stun Grenade) XM84 , biasanya dikenali sebagai "Flashbang", dipanggil sedemikian kerana ia menghasilkan kilauan membutakan (1 juta kilauan Candela) dan letupan (170-180 Desibel). Bom tangan ini mampu melumpuhkan mangsa tanpa menyebabkan kecederaan kekal.

Apabila meletup, fius/bom tangan tersebut kekal tanpa menghasilkan sebarang serpihan. Ia berbentuk tiub heksagon besi dengan liang di sisi yang membenarkan letupan cahaya dan bunyi dikeluarkan. Pengisinya terdiri daripada 4,5 gram piroteknik campuran oksida logam magnesium & ammonium perklorat. Bom tangan sebagai hiasan [ sunting | sunting sumber ]

Bom tangan menunjuk-nunjuk, dengan percikan bunga api, digunakan sebagai hiasan pada uniform ketenteraan, terutamanya di Perancis (oleh anggota Gendarmerie Perancis) dan Itali (oleh anggota Carabinieri). Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]