Detikdaily – apakah terengganu tidak berdaulat_ gas finder mn

Warkah ini saya nukilkan kepada Datuk Seri di tengah keheningan kita menyambut detik kemerdekaan negara tercinta Malaysia. Electricity bill bihar electricity board Semoga negara dan rakyat Malaysia juga sentiasa mendapat kerahmatan dan perlindungan daripada Yang Maha Berkuasa. Saya sebagai anak Terengganu warga Malaysia amat terpanggil untuk mengutuskan surat terbuka ini kepada Datuk Seri apabila saya membaca kenyataan rasmi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri bersama dengan CEO Petronas Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin di pejabat perdana menteri di Putrajaya beberapa hari yang lepas.

Pertemuan itu diadakan setelah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan kerajaan negeri membeku semua permohonan baru permit kerja kakitangan Petronas dari luar Sarawak khususnya semenanjung yang berkuat kuasa serta-merta. Apa yang menarik perhatian saya adalah tujuh rangka ‘amicable agreements’ yang telah termeterai antara Datuk Seri sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Adenan dan pihak Petronas sendiri. • Pelantikan anak tempatan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang bakal diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

• Sebanyak 192 jawatan kosong dalam syarikat itu pada masa sekarang akan diiklankan dalam akhbar tempatan dan diisi oleh rakyat Sarawak. J gastroenterology impact factor Pihak Petronas perlu berunding dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut.

• Petronas juga akan menyediakan 50 tempat untuk anak Sarawak melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat Sarawak di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara. • Petronas juga komited menyokong dua industri petrokimia yang kini di peringkat akhir rundingan serta menyokong industri petrokimia dan hiliran lain secara joint study dengan kerajaan Sarawak. • Petronas bersama kerajaan pusat akan mempertimbangkan hasrat kerajaan Sarawak untuk terlibat dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi manfaat negeri • Menerima pelan kerja Petronas untuk meningkatkan jumlah pekerja di kalangan anak Sarawak dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020. 1 unit electricity cost in tamilnadu Ianya adalah seperti berikut: Syabas saya ucapkan kepada ketua menteri Sarawak serta seluruh rakyat negeri itu. Electricity dance moms song Namun setelah meneliti terma 7 amicable agreements ini, saya sebagai anak Terengganu berasa amat tercabar dengan perkembangan terbaru ini. Namun berbanding dengan Sarawak, kami di Terengganu kini telah kehilangan segala hak kami!

Kebanyakan rakyat Terengganu pula terpaksa berhadapan dengan kekangan hidup yang amat perit sedangkan negeri ini merupakan pengeluar minyak dan pernah dikenali sebagai ‘Kuwait Malaysia’. Kemelut ekonomi Terengganu juga sedang membelit seluruh kehidupan rakyat sehingga ke pundak.

Emitra electricity bill payment Rakyat Terengganu – khususnya anak muda – ramai tiada sumber pekerjaan tetap termasuk mahasiswa yang menjadi penganggur. Untuk makluman Dato Seri, bermula dari 1978, di bawah fasal 2 Perjanjian Royalti seperti yang telah dipersetujui oleh semua pihak, kerajaaan Terengganu telah menerima bayaran royalti dengan bayaran sulungnya sebanyak RM5.7 juta daripada Petronas. Perjanjian ini adalah seperti dikehendaki Akta Kemajuan Petroleum 1974, yang telah diluluskan kerajaan pimpinan ayahnda Datuk Seri, Tun Abdul Razak Hussein di Parlimen pada 15 November 1974. Almarhum menegaskan bahawa: “Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerimaa 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual Petronas atau agensi atau kontraktornya.

” Malangnya, pembayaran wang royalti secara tunai kepada Terengganu menurut perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah dimansuhkan pada 5 September 2000 dan digantikan dengan “wang ehsan” yang dikendalikan terus oleh pusat. Lebih malang lagi Petronas juga memaklumkan secara rasmi pada 25 September 2015 bahawa: “Petronas tidak lagi terikat secara undang-undang untuk membuat sebarang bayaran tunai kepada Terengganu di bawah Perjanjian Pembayaran yang ditandatangani Petronas dengan kerajaan Terengganu”.

Ini berdasarkan terma di dalam negeri bahawa “kerajaan Terengganu tidak lagi berhak menuntut hasil wang royalti kerana segala penemuan telaga minyak adalah di luar tiga batu nautika yang diukur dari garis air surut persisiran pantai negeri”. Menurut tafsiran diatas, kerajaan Terengganu kini tidak mempunyai sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak dan gas yang terletak di perairan negeri. Gas in oil lawn mower Semua telaga minyak yang ditemui selama ini dan terletak di perairan Terengganu bukan lagi menjadi milik ‘sah’ kerajaan Terengganu kerana kedudukannya di luar dari tiga batu nautika. Negeri Terengganu telah meyumbangkan hasil minyak dan gas kepada kerajaan persekutuan sejak hampir 40 tahun dengan pengeluaran hasil bernilai ratusan bilion ringgit untuk sama-sama membangunkan ekonomi negara kita cintai ini. Namun, apakah wajar royalti sebanyak 5 peratus yang diterima kerajaan Terengganu dari 1978 hingga kini terbatal sepenuhnya dan dianggap sebagai “ihsan” dan “dana khas” daripada kerajaan persekutuan?

Apakah wajar perjanjian royalti minyak antara kerajaan negeri dengan persekutuan dan Petronas yang ditandatangani sejak 1975 juga sudah dianggap sebagai terbatal? Lebih malang lagi, telaga minyak Bertam Blok PM 307 yang ditemui dan sah terletak di perairan Terengganu baru-baru ini kini ‘diserah’ sepenuhnya kepada kerajaan Pahang.

Malah, Lundin Oil yang merupakan syarikat cari gali berpengkalan di Sweden yang melaksanakan kerja-kerja cari gali di kawasan berkenaan dengan kerjasama Petronas Carigali mengesahkan bahawa Bertam Blok PM 307 ini terletak diperairan Terengganu. Di manakah – kami sebagai rakyat Terengganu – mahu meletakkan maruah dan harga diri kami sebagai rakyat Malaysia jika kami boleh diperlakukan sedemikian rupa? Saya sebagai anak Terengganu ingin menegaskan kepada Datuk Seri sebagai perdana menteri agar mengkaji kembali kedudukan kami di negeri ini. Gas dryer vs electric dryer calculator Kita sama-sama mengamalkan sistem persekutuan yang menjadi asas penubuhan Malaysia dan Terengganu adalah sebahagian daripadanya.

Adalah wajar – dengan perkembangan terbaru ini – Terengganu juga di berikan amicable agreements seperti yang termeterai antara Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia, Petronas dan kerajaan Sarawak. Saya mewakili seluruh warga dan rakyat Terengganu menuntut 10 perkara asas amicable agreements agar dapat dipersetujui dengan kerajaan negeri Terengganu, iaitu: • Mengembalikan royalti minyak kepada Terengganu bersesuaian dengaan perjanjian asal di bawah Fasal 2 Perjanjian Royalti yang ditandatangani di antara kerajaan Terengganu, persekutuan dan Petronas pada 1975.

• Mengiklan dan mengisi sebarang kekosongan jawatan dalam syarikat itu – khususnya di Terengganu – dengan rakyat Terengganu. Gas definition state of matter Pihak Petronas juga perlu berunding dengan kerajaan negeri jika ada calon anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut. • Petronas juga perlu menyediakan sekurang-kurangnya 100 tempat untuk anak Terengganu melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas setiap tahun.

Electricity youtube Mereka perlu juga memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih banyak kemasukan untuk rakyat negeri ini di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara. • Petronas juga perlu komited menyokong sebarang pembangunan dan industri petrokimia serta hiliran lain secara joint study dengan mana-mana syarikat Terengganu serta kerajaan negeri.

• Petronas bersama kerajaan pusat juga perlu mempertimbangkan sekiranya kerajaan Terengganu berminat untuk terlibat dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi manfaat negeri ini. • Mengkaji pelan kerja Petronas untuk meningkatkan jumlah pekerja di kalangan anak Terengganu dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020. • Mengembalikan kesemua wang royalti Terengganu yang berjumlah RM1.5 bilion yang telah digunakan oleh kerajaan persekutuan untuk perlaksanaan beberapa projek pembangunan di negeri lain. • Mengkaji tuntutan agar kerajaan Terengganu juga dipertimbangkan permohonan royalti minyak dinaikkan daripada lima kepada 20 peratus.

Electricity and magnetism review game Perkara ini juga boleh dibincangkan bersama dengan kerajaan Sarawak kemudian. Terengganu kini seolah-olah berhadapan di medan perang tanpa pejuang dan perajuritnya mati tanpa kuburan.

B games play online Siapa lagi yang kita harapkan boleh membela kehidupan rakyat seluruhnya terutama golongan marhaen kecuali seorang pemimpin yang merdeka jiwanya, denyut nadinya adalah jiwa rakyat jelata yang perlu dibela! Sekali lagi saya sebagai anak Terengganu memohon dengan jari sepuluh kepada Datuk Seri agar tuntutan yang mewakili seluruh rakyat Terengganu – tanpa mengira apa jua fahaman politik serta kaum – ini dipertimbangkan dengan kadar segara. Seperti rakyat Sarawak, kami juga anak Malaysia yang cintakan negeri dan negara ini. Gas mask bong review Kami mendesak agar hak dan maruah kami sebagai rakyat Terengganu terus terbela dan diberikan perhatian segera.

Site: http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=44431&mode=thread&order=0&thold=0